Monday 6 May 2019

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum



Takziah buat sahabat yang merasai kekurangan dan kehilangan ahli keluarga saat meyambut ramadhan kali ini.

Semoga Ramdhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT



Thursday 17 May 2018

Salam Ramadhan Al Mubarak





Assalamualaikum!

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam. Semoga  amal ibadah kita diterima dan  lebih baik dari sebelumnya



Sunday 5 March 2017

Setahun dah berlalu




Genap setahun terlerai ikatan dunia dengan insan yang paling aku sayang.

Hanya doa dan amal jariah yang dapat kami panjangkan tanda rindu dan kasih tanpa sempadan buat Mak. 

Tenanglah mak di sana di sisi sang pencipta-Nya.

Al-Fatihah 




Monday 6 February 2017

Ada apa dengan 16 February?



salah satu filem indonesia yang best
huru hara dia punya permainan emosi tapi aku tetap nak tengok sambungan dia
tak sabar!



Tuesday 27 September 2016

Menyampah


kadang-kadang tu kita tengok kawan kita ceria dan bahagia, kewangan pun stabil.. tapi kita tak tahu apa sebenarnya rahsia hati dia dan apa yang sedang dialaminya. Apabila berseorangan, dia mungkin sangat berbeza dari apa yang kita nampak. Jadi tak payahlah nak buat conclusion sendiri
pastu pergi pulak bercakap dengan orang lain tak pun duduk sindir-sindir.
Takmo lah buat perangai macam tu...

tengah memasuki fasa tiba-tiba menyampah dengan si polan si polan..adui tension giler sebab tak tahu macam mana nak handle. Puas berlajar bertenang hiks 


Tuesday 5 April 2016

Al-Fatihah untuk Bonda





Ya Allah, sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk-Mu. Dari-Mu kami datang dan kepada-Mu kami kembali. Tapi itulah janji Allah pada hamba-Nya, tidak sesat kurang..tidak sesaat lebih, tepat waktu yang ditulis, DIA akan menjemput hamba-Nya pulang.

Hari ni genap sebulan mak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Semoga arwah mak bersemadi dengan tenang di sana, diampunkan segala dosanya, diluaskan kuburnya, diterima segala amalan selama hayatnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Al-Fatihah [1942 - 2016]





Wednesday 13 January 2016

11 Malam





Mana nak cari tenang?

Pada sejadah apabila kau sujud padaNya
Pada doa apabila kau meminta pada-Nya
Kerana tenang itu ada pada pemilik ketenangan

Sujudlah dan berdoa

Semoga dimakbulkan...Amin